April 03, 2009

SURAU DI KOMTAR...jom kita lihat..

Kali nie,. kiteorang sepakat nak kaji surau kat KOMTAR lak.. Komtar atau nama penuhnya Kompleks Tun Abdul Razak nie merupakan bangunan tertinggi di Penang dan terletak di pusat bandar Georgetown.. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke sini memandangkan Komtar merupakan salah satu bangunan komersil yang mempunyai keunikannya tersendiri.. Jom kita selidik surau komtar di sini..
Pemandangan dari muka depan KOMTAR, Georgetown

KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak)

Haa..dah jumpa pun simbol surau.. Lokasi surau berada pada aras 1 dalam bangunan tersebut..Mudah dan cepat apabila pihak pengurusan menyediakan petunjuk sebegini..

Nie pulak signboard surau yang terletak di atas muka pintu surau..

Dan beginilah rupa dari muka pintu depan surau wanita.. Macam mane ?? ok tak??
hehe..bagi kiteorang ia kelihatan agak buruk dan usang.. dan tidak bersesuaian dengan nama Komtar yang tersohor bukan sahaja di Penang malah juga terkenal di seluruh Malaysia.

Ini pula rupa depan bahagian surau lelaki.. juga kelihatan agak buruk dan usang.. Rupa sebegini mungkin disebabkan oleh usia bangunan itu sendiri iaitu telah dibina beberapa dekad yang lalu..dan ia bukan dijadikan sebagai alasan..pihak pengurusan yang bertanggungjawab ke atas surau berkenaan harus peka dan prihatin terhadap surau tersebut..mereka perlu melakukan pelbagai inisiatif dan usaha untuk memperindahkan keadaan surau agar ia kelihatan cantik dan indah di mata pengguna..

Gambar di atas menunjukkan ruang solat wanita.. bagi kami ia agak sempit dan hanya boleh memuatkan beberapa orang sahaja pengguna surau untuk bersolat.. Keadaan sebegini menyebabkan para pengguna berada dalam keadaan tidak selesa untuk bersolat.. Pihak yang berwajib perlu memandang serius perkara ini iaitu memperluaskan keadaan surau tersebut supaya pengguna selesa apabila menggunakan kemudahan ini.

Di samping itu juga, surau berkenaan juga kurang kemas dan berselerak dengan peralatan yang lain.. Peralatan-peralatan yang disediakan perlu disimpan di tempat yang dikhaskan supaya surau berada dalam keadaan kemas dan teratur..

Rak yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti gambar di atas tidak digunakan dengan betul.. sejadah dan peralatan yang lain diletak di tempat lain menyebabkan rak tersebut masih kosong dan boleh memuatkan barang-barang dan kelengkapan surau yang lain..

Hahh..satu lagi masalah di surau di sini iaitu petunjuk arah kiblat hanya dilakar menggunakan "marker" dan di conteng pada dinding.. Sepatutnya pihak pengurusan perlu memastikan arah kiblat tersebut dipamer dengan betul menggunakan signboard yang diiktiraf atau sebagainya supaya pengguna tidak was-was dalam menentukan arah kiblat yang sebenar.. Surau yang bersih, kemas serta indah amat ditekankan di sini bersesuaian dengan tempat tersebut yang terkenal di seluruh tanah air di samping merupakan lambang kemegahan bagi rakyat di sekitar Pulau Pinang..

Hospital Besar Pulau Pinang

Hai... apa khabar semua? nampak tak signboard kat atas ni.. ha.. hari ni kita nak terjah pulak surau yang ada kat Hospital Besar Pulau Pinang ni.. Jom..... kita tengok sama-sama...

Ini la dia surau yang kitorang nak cerita... tentu ada antara korang dah biasa guna surau ni.. kepada yang belum, jom kita tengok macam mana keadaannya...

Gambar kat atas ni menunjukkan tempat mengambil wuduk surau.. Macam mane?? Ok tak? Pada pandangan kitorang tempatnya elok.. luas dan kemas.. tapi sayang lantai dan dindingnya kurang bersih.

Ruang solat lelaki

Ruang solat wanita
Yang ni pulak ruang solat untuk lelaki dan juga ruang solat untuk wanita.. Kedua-dua ruangan ini besar dan agak selesa, segala kelengkapan juga disediakan untuk kemudahan dan keselesaan para pengguna.


Sesuatu yang istimewa telah yang kami jumpa pada surau ni.. iaitu sebuah perpustakaan mini. Walaubagaimanapun kami kurang pasti apa yang ada di dalamnya kerana perpustakaan ini ditutup sewaktu kami berada di sana.
.................................................................................................................


Ketiga-tiga gambar di atas menunjukkan keadaan yang kurang menyenangkan di surau ini. Telekung sembahyang tidak dilipat dan disimpan dengan betul. Malah terdapat pakaian yang ditinggalkan di bilik air surau yang mencacatkan pemandangan. Kemungkinan pakaian-pakaian ini adalah milik pekerja-pekerja hospital yang bertindak meletakkan pakaian mereka di sini untuk memudahkan mereka menguruskan diri. Patut ke? surau adalah untuk kegunaan awam dan tidak boleh di buat seperti rumah mereka sendiri...
.....................................................................
Apa yang kami dapat simpulkan ialah surau di Hospital Pulau Pinang memuaskan dan selesa. Segala kelengkapan yang diperlukan oleh pengguna disediakan di surau ini dan pengguna akan berpuas hati dengan ruang yang disediakan kepada mereka. Keadaan di persekitaran surau agak bersih dan kemas kerana di jaga dengan rapi tetapi keadaan di dalam surau masih ada kekurangan yang perlu dibaiki. Kekurangan lain yang paling ketara ialah tiada penunjuk arah yang diletak bagi memudahkan pengguna mencari surau ini. Walaupun kedudukannya di tempat terbuka, kami terpaksa bertanya kepada staf untuk mencari lokasi surau ini kerana penunjuk arah tidak disediakan untuk dijadikan panduan kami.

April 02, 2009

TAKDE SURAU KER...?

Nak dijadikan cerita.. suatu hari tu kitorang pergi la ronda-ronda buang masa kat Georgetown, saje nak release tension... biase la tu, skali skale nak jugak tenangkan minda..

Dah namanye ronda-ronda... mane nak sedar waktu dah maghrib. So kitorang pun cari la tempat nak sembahyang. Alang-alang kami mengisi minyak kat Shell lebuhraya Jelutong, kitorang pun turun la dari kereta konon-konon nak sembahyang. tapi cari-cari punye cari... tak jumpe pulak. aik...? mane suraunye?? hairan.. so kami try la tanya pekerja kat situ. Tapi jawapan nye amat mengecewakan kami... katenya kat sini takde surau. aduh...

Kitorang punyalah pelik.. takkan Shell yang besar tu takde surau.. kalau yang kecik tu logik la jugak.. dengan perasaan yang kecewa terpaksa la kami cari surau kat tempat lain..

Ini la dia stesen minyak yang dimaksudkan.. Stesen minyak Shell di lebuhraya Jelutong... boleh dikatakan besar, tapi takda surau...

Kelihatan pelanggan sedang mengisi minyak pada kenderaan masing-masing. Bukankah senang kalau stesen minyak ini menyediakan kemudahan surau.. sudah tentu pelanggan akan berpuas hati dengan khidmat dan kemudahan yang disediakan.. Tambahan pula Pulau Pinang sering mendapat kunjungan dari seluruh Malaysia.. senang la sikit untuk pelancong menunaikan solat.. ye la dah namanya pelancong, nak cari surau kat tempat lain bukannya senang.. stesen minyak jugak yang jadi tumpuan..

SURAU DI GURNEY PLAZA..

Tempat kajian kiteorang yang seterusnya adalah di PLAZA GURNEY yang terletak di bandar Georgetown..pasti anda semua sudah mengenalinya dengan lebih jelas lagi kerana Plaza Gurney nie merupakan salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Pulau Pinang..kalau tak pernah dengar tue..memang pelik bin ajaib la jawabnya..di bawah nie kiteorang sertakan gambar-gambar sebagai bukti hasil kajian surau kiteorang di tempat tersebut.

Pandangan depan Plaza Gurney

Jom kita tinjau surau yang disediakan di tempat ini.. Macam biasa bagi permulaan kajian, pihak pengurusan menyediakan papan maklumat tentang lokasi kedai-kedai dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini.. tetapi malangnya kami tidak menjumpai sebarang tanda atau maklumat mengenai kemudahan surau yang disediakan di kawasan ini. Di tingkat yang seterusnya iaitu melalui papan maklumat yang lain juga turut tidak meletakkan tanda surau sehingga kami menanyakan lokasi surau kepada salah seorang penjual di sebuah kedai di tempat tersebut. Hal ini amat menyukarkan orang ramai khususnya kepada penganut agama islam yang ingin bersolat. Lokasi surau adalah berada di tingkat 5...

Papan maklumat yang disediakan di setiap aras tingkat bangunan

Sekali lagi kami agak terkejut kerana lokasi surau berada di luar kawasan bangunan berkenaan dan berhampiran dengan tempat letak kenderaan. Kami berasa agak takut dan bimbang disebabkan kawasan tersebut agak gelap dan sunyi walaupun kami ke sana secara berkumpulan. Pihak pengurusan sepatutnya mengambil peranan yang penting dalam menyediakan kemudahan awam ini di tempat orang ramai bukannya di tempat yang tersorot dan tersembunyi daripada pandangan orang ramai. Pelbagai kes kemungkinan boleh berlaku seperti kes ragut, kes curi, samun, rogol dan sebagainya dan ini boleh mengancam keselamatan para pengguna surau berkenaan terutama sekali bagi kaum wanita. Tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan nyawa dan keselamatan pra pengguna surau berada dalam keadaan yang selamat.

Petunjuk arah ke surau..berada di tempat letak kenderaan
Setelah tiba di tempat fokus kajian,..kami mendapati penanda surau tidak dilekatkan dengan betul pada tempat yang sebenar. Hal ini menunjukkan pihak pengurusan tidak peka dan prihatin dengan keadaan yang berlaku. Lihat gambar di bawah..
Penanda surau tidak dilekatkan pada muka pintu surau
Hah...agak teruk dan megecewakan para pengguna..lihat tempat wuduk yang disediakan tue,..memeranjatkan.. satu persoalan yang bermain-main di fikiran kiteorang...tempat tersebut dalam proses dibaiki atau telah siap dibaiki???
Tempat wuduk yang di sediakan di Plaza Gurney

Di samping tempat wuduk yang tidak memuaskan..di kawasan tersebut agak berserabut dan bersepah-sepah dengan peralatan-pelralatan lain seperti penyapu, mop lantai, wayar paip dan sebagainya..Hal ini menjadikan kawasan surau tidak kemas dan tidak tersusun. Di tegaskan di sini bahawa pihak pengurusan sekali lagi perlu memandang serius dalam hal-hal sebegini.. Hal ini adalah kerana pusat membeli-belah tersebut merupakan salah sebuah tempat yang terkemuka di Pulau Pinang.. Jika kemudahan surau sebegini disediakan untuk para pengguna sudah tentu imej tempat tersebut akan menjadi negatif di mata masyarakat sekeliling...So, inisiatif dan usaha yang sewajarnya perlu dititikberatkan..

Tempat wuduk berselerak dan bersepah-sepah

Nie pula keadaan dalam surau berkenaan..sederhana bersih dan sederhana selesa..tetapi nampaknya beberapa peralatan yang disediakan tidak mencukupi seperti almari dan rak-rak pakaian solat ..

Keadaan tempat solat berkenaan.

Tempat solat wanita

Sejadah tidak dilipat dan disimpan apabila sudah digunakan..

Arah kiblat dilakar pada dinding dengan hanya menggunakan "marker"
Satu lagi kelemahan bagi surau di sini iaitu mempamerkan arah kiblat dengan hanya menggunakan "marker" sebagai tanda arah kiblat di surau berkenaan. Pihak pengurusan seharusnya menunjukkan sikap keprihatinan mereka dalam menyediakan kelengkapan surau yang sempurna.
Rak yang yang disediakan

Surau tersebut bersaiz sederhana besar dan hanya menyediakan sebuah rak sahaja untuk menyimpan peralatan solat seperti kain sembahyang, sejadah, Al-Quran, surah Yassin dan sebagainya.. Keadaan ini menyebabkan keadaan menjadi seperti di bawah...
Para pengguna terpaksa menyangkut kelengkapan pakaian solat mereka pada dinding..Hal ini menyebabkan keadaan surau nampak lebih berserabut dan tidak tersusun dengan kemas.. Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan sebuah almari untuk memudahkan orang awam terutama para pekerja di tempat tersebut untuk menyimpan barang-barang mereka.
Gas pemadam kebakaran ini juga tidak disangkut dengan betul dan hanya diletakkan di suatu sudut ruang solat begitu sahaja..Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kes-kes kecurian peralatan surau dan sebagainya.. Pihak pengurusan surau perlu memastikan surau berada dalam keadaan yang baik dan sempurna supaya para pengguna terutama sekali kepada penganut agama islam boleh mngerjakan solat mereka dengan khusyuk dan sempurna.. Segala inisiatif dan usaha perlu diberi penekanan mulai sekarang..

Jom kita tinjau surau di Sunshine.

Hai.. Assalamualaikum semua... Kali ni geng TIZANA memilih satu lagi pusat membeli-belah di Penang iaitu Sunshine.. Mesti anda semua pernah shopping kat sini kan.. Amacam, best tak shopping kat sini.. Mesti la best kan.. Banyak barang-barang berjenama gitu.. Okey lah, sekarang ni jom kita masuk Sunshine..

SUNSHINE

.Mula-mula masuk kat sini, dugaannya...Huh, apa tidaknya... Banyak sale.. Rasa geram-geram jer nak shopping.. Tapi, mujur duit PTPTN dah habis.. Kalau tak habis semua benda kita orang beli..hehe. Lepas tu, kita orang jalan-jalan dulu kat dalam Sunshine ni. Kita orang mencari-cari di manakah surau di sini.. Malangnya kita orang tak jumpa. kita orang cuba bertanya pada seorang "guard" kat situ.. Tapi dia tak tahu.. Kecewanya.. Tak kan la kerja kat situ tak tahu kat mana suraunya.. Betul tak? semasa kita orang tengah bercakap dengan "guard" tu, kebetulan ada seorang staff lelaki kat situ datang kepada kita orang bertanyakan apa masalah kita orang.. kita orang bagitau la nak cari surau.. Dia bagitau surau tu kat atas.. Nak tahu apa jadi?
Sampai jer tingkat 2, salah seorang daripada kami ada ambik gambar dalam Sunshine ni.. Just ambik gambar pemandangan dalam sunshine.. Gambar orang tengah shopping. tapi, tetiba datang seorang staff bertanya kenapa kita orang ambik gambar.. Dan kita orang bagitau la kita orang sebenarnya nak cari surau.. Nak masuk dalam research kita orang.. Kita orang jelaskan siapa sebenarnya kita orang.. Tapi, jawapan dia mengecewakan.. dia kata surau tu hanya untuk staff sahaja.. orang luar tidak boleh.. Ambik gambar dalam Sunshine pun dia tak bagi.. Dia kata kena ada surat.
cuba bayangkan tempat membeli-belah macam tu tak ada surau.. Ada pun hanya untuk staff sahaja.. Mana kemudahan untuk orang awam? terutamanya bagi masyarakat yang beragama islam.. Sungguh mengecewakan.. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.. Kemudahan seperti surau patut di sediakan.. Perkara macam ni kan memudahkan pengguna dan orang awam yang membeli-belah kat situ..Betul tak? macam mana pendapat anda semua? Patut tak surau ada di setiap pusat membeli-belah? Patut kan.. Sebab itu salah satu kemudahan bagi masyarakat yang bergama islam untuk menunaikan tanggungjawab..

Cebisan ilmu... Cetusan minda...

"Berburu kepadang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi"

"Baik-baik mengail tenggiri,
Takut terkena si ikan parang,
Baik-baik merendah diri,
Takut menjadi hamba orang"

"Cincin baiduri di dalam tempayan,
Diambil diletak di dalam raga,
Bukan hebat dirimu tuan,
Jika ilmu di dada cuma"

April 01, 2009

What happen wif HOTEL CONTINENTAL??

Kali nie juga.. kiteorang berkesempatan untuk meninjau surau di salah sebuah hotel terkemuka di Pualu Pinang.. Hotel yang menjadi sasaran kami ialah Hotel Continental yang terletak di Georgetown sepertimana gambar di bawah..

Kami berpeluang untuk masuk ke dalam hotel berkenaan dan berkesempatan untuk menemubual beberapa pekerja hotel tersebut tetapi malangnya kami dimaklumkan bahawa perkhidmatan surau awam tidak disediakan di tempat tersebut. Kami sangat terkejut dan kecewa dengan apa yang terjadi.. kami dimaklumkan lagi, sememangnya kebanyakan hotel di sekitar Pulau Pinang ini tidak menyediakan perkhidmatan surau awam kepada para pengguna.. tetapi..tidak dinafikan, ada juga sebilangan hotel terkemuka yang lain menyediakan perkhidmatan yang penting ini kepada para pengguna..

Selain itu, kami diberitahu bahawa pihak pengurusan hotel tidak meyediakan perkhidmatan ini adalah kerana bagi mereka para pengguna hotel boleh menunaikan solat mereka di dalam bilik penginapan masing-masing. Bagi kami, jawapan yang diberikan agak tidak relevan kerana sesetengah pengguna hotel terutamanya bagi mereka yang beragama islam akan menggunakan surau untuk menunaikan solat secara berjemaah. Hal ini kerana solat berjemaah adalah berlipat kali ganda lagi amalan pahala yang diterima berbanding dengan solat yang didirikan secara bersendirian. Sememangnya boleh jika berjemaah di dalam bilik penginapan hotel tersebut, tetapi hal ini mungkin dihadkan kepada sebuah keluarga sahaja..

Bagi memperlengkapkan kemudahan yang disediakan di hotel berkenaan, pihak pengurusan hotel sepatutnya peka dan prihatin dengan persekitaran di sekeliling. Mereka seharusnya bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan yang penting ini terutamanya bagi penganut agama islam yang akan bersolat secara berjemaah di situ.

DEFINISI SURAU

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.

sumber: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

PENTINGNYA MEMURNIKAN AKIDAH ISLAM KITA

Sesungguhnya agama Islam adalah akidah dan syariah. Adapun yang dimaksud dengan akidah yaitu setiap perkara yang dibenarkan oleh jiwa, yang dengannya hati menjadi tenteram serta menjadi keyakinan bagi para pemeluknya, tidak ada keraguan dan kebimbangan di dalamnya. Adapun yang dimaksud syariah adalah tugas-tugas pekerjaan yang dibebankan oleh Islam, seperti shalat, zakat, puasa, berbakti kepada orang tua, dan lain sebagainya.

Landasan akidah Islamiah adalah beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Akhir, dan beriman kepada qadar (takdir), yang baik maupun yang buruk. Dalilnya adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 177 yang artinya: "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi."

Pentingnya akidah Islamiah tampak dalam banyak hal, di antaranya sebagai berikut. 1. Bahwasanya kebutuhan kita terhadap akidah adalah di atas segala kebutuhan, dan kepentingan kita terhadap akidah adalah di atas segala kepentingan. Sebab, tidak ada kebahagiaan, kenikmatan, dan kegembiraan bagi hati, kecuali dengan beribadah kepada Allah, Rab dan Pencipta segala sesuatu.

2. Bahwasanya akidah Islamiah adalah kewajiban yang paling besar dan yang paling ditekankan. Karena itu, ia adalah sesuatu yang pertama kali diwajibkan kepada manusia. Rasulullah saw. bersabda, ,"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang hak, kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah." (HR Bukhari dan Muslim).

3. Bahwa akidah Islamiah adalah satu-satunya akidah yang bisa mewujudkan keamanan dan kedamaian, kebahagiaan dan kegembiraan. "(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah: 112). Demikian pula, hanya akidah Islamiah satu-satunya akidah yang bisa mewujudkan kecukupan dan kesejahteraan. "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi." (Al-A'raaf: 96).

4. Sesungguhnya akidah Islamiah adalah sebab sehingga bisa berkuasa di muka bumi dan sebab bagi berdirinya daulah Islamiah. "Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang shaleh." (Al-Anbiya': 105) Sumber: Diadaptasi dari Kitab Tauhid 1 terbitan Yayasan Al-Sofwa, terjemahan dari At-Tauhid Lish-Shaffil Awwal al-'Aliy, Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan. (alislam.or.id)

Sumber: http://www.surau.com

MENJAGA KEMURNIAN IMAN

"Orang-orang yang beriman dan tidak menodai iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat ketentraman dan mereka itulah orang-orang yang menepati jalan hidayah." (Al-An'am: 82). Banyak orang yang menganggap dan mengaku dirinya beriman, akan tetapi di samping itu, dia juga melakukan hal-hal yang mengeruhkan keimanannya itu, atau bahkan sampai menggugurkan iman itu sendiri.

Hal itu disebabkan oleh banyak faktor; di antaranya, karena kebodohan mereka, atau mungkin karena kesombongan dan keangkuhan mereka sehingga mereka tidak mau menerima kebenaran yang disampaikan pada mereka. Padahal, dalam masalah keimanan dan tauhid, kebodohan tidak dapat dijadikan udzur (alasan). Jadi, seseorang tidak bisa beralasan dengan kebodohan (ketidaktahuan)nya ketika salah dalam masalah iman dan tauhid ini. Dan salah dalam masalah ini akan berakibat fatal. Masalah keimanan dan tauhid ini adalah masalah yang sangat prinsip bagi seorang muslim, yang merupakan dasar dan pondasi baginya, yang menentukan kuat tidaknya bangunan yang dibangun di atas pondasi itu. Tetapi, justru kebanyakan manusia bodoh dalam hal ini, sehingga sadar atau tidak sadar mereka sering menodai keimanan mereka itu. Maka, tidak perlu diherankan jika ada tokoh agama, yang konon luas wawasan agamanya kemudian sembrono dalam mengambil sikap yang justru jelas-jelas bertentangan dengan agama. Seakan-akan dia adalah orang yang sama sekali tidak mengenal agama.

Mengapa demikian? Hal itu di antaranya adalah karena pondasi, dasar pijakannya tidak kuat. Pondasi yang dimaksud adalah akidah. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, "Ketika turun ayat, 'Orang-orang yang beriman, dan tidak menodai iman mereka dengan kedzaliman', kami (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, siapakah di antara kami yang tidak mendzalimi dirinya?' Beliau bersabda, 'Bukan seperti yang kamu katakan, mereka tidak menodai iman mereka dengan kedzaliman, tetapi dengan kemusyrikan. Bukankah kamu telah memperhatikan perkataan Luqman kepada anaknya?, 'Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya, mempersekutukan Allah adalah kedzaliman yang besar' (Luqman: 13)'." Kedzaliman yang dimaksud dalam ayat di atas adalah syirik. Meskipun sebagian kedzaliman pada diri sendiri juga bisa termasuk dalam kesyirikan ini. Jadi, orang yang beriman, yang tidak mencampuri keimanan mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang berhak mendapatkan ketenteraman dan petunjuk. Padahal, sangat sedikit sekali orang yang benar-benar murni imannya, bersih dan tidak ternodai dengan kotoran syirik. Hal ini seharusnya memberikan dorongan kepada kita agar berhati-hati jangan sampai kita terjerumus ke dalam jurang kesyirikan, yang apabila keimanan kita ternodai dengannya, maka ketenteraman dan petunjuk yang kita harapkan (surga) tidak akan kita dapatkan, dan justru sebaliknya, kita akan mendapatkan kecelakaan dan kesengsaraan yang berkepanjangan (di neraka). Na'udzubillah min dzalik.

Allah berfirman, "Dan sebagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain)." (Yusuf: 106). Ini menjelaskan bahwa tauhid (iman) dan syirik, keduanya tidak akan mungkin pernah bersatu di hati seseorang. Karena keduanya bertentangan. Jika beriman, maka harus menghilangkan dan membuang jauh-jauh kesyirikan. Jika seseorang melakukan kesyirikan (syirik besar), secara langsung keimanan akan luntur dan batal. Adapun hal-hal yang termasuk perbuatan syirik sangatlah banyak. Yang semua itu intinya adalah mempersekutukan Allah, atau menjadikan tandingan untuk Allah. Syirik besar yang sangat jelas adalah percaya pada Tuhan selain Allah Swt sesuai ajaran Islam, termasuk disini adalah seseorang yang menganut agama selain Islam.

Syirik besar lainnya adalah orang yang mengaku Islam tapi masih percaya pada ramalan dukun atau ramalan nasib dan tahayul atau pada tradisi tertentu untuk mendapatkan ketentraman batin atau kesuksesan. Yang dimaksud dengan syirik kecil adalah jika seorang hamba mendzalimi dirinya sendiri, seperti bakhil (kikir) dalam sebagian kewajiban karena cinta kepada dunia atau mengutamakan rapat sehingga menunda sholat wajib, maka itu adalah syirik kecil. Juga, kecintaannya kepada sesuatu yang dimurkai Allah sehingga mendahulukan hawa nafsunya atas kecintaannya kepada Allah dan sebagainya. Maka, orang seperti ini akan kehilangan petunjuk, tergantung pada tingkat kesyirikannya. Terkadang pula seseorang melakukan suatu perbuatan yang dia yakini bahwa perbuatan itu adalah benar karena dia melakukannya tanpa petunjuk (dalil), hanya karena persangkaan atau karena ikut-ikutan, padahal perbuatannya itu adalah termasuk kesyirikan. Maka, terhapuslah amalan yang dia lakukan itu atau semua amalnya, dan akhirnya, dia akan menanggung beban yang teramat sangat berat di hadapan Allah. Sebab, syirik adalah merupakan dosa besar yang paling besar. Dan tidak akan diampuni apabila tidak bertobat sebelum nyawa sampai di tenggorokan.

Kendati demikian, idealnya kita harus berusaha sekuat tenaga dan semampu kita untuk meninggalkan segala macam dosa. Karena, para ulama' mengategorikan segala macam dosa ke dalam kedzaliman. Baik itu dzalim kepada diri sendiri, atau dzalim kepada orang lain. Adapun kedzaliman yang paling besar adalah kedzaliman dalam masalah tauhid, yaitu kedzaliman seorang hamba kepada Allah swt. Yang disebut dengan dosa itu adalah bersumber dari dua hal; meninggalkan perintah, atau mengerjakan larangan. Dan dari semua itu, perkara yang paling besar adalah yang berkaitan dengan iman dan tauhid. Perintah yang paling utama adalah tauhid, dan larangan yang paling besar adalah syirik. Ya Allah, lindungilah kami dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu, sedangkan kami mengetahuinya. Dan ampunilah kami, terhadap suatu kesyirikan yang kami tidak mengetahuinya.

Sumber tulisan : Zen, dari suatu tulisan di internet yang tidak tercatat sumbernya

AMALAN PERTAMA YANG AKAN DIHISAB

AMALAN PERTAMA YANG AKAN DIHISAB

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama yang seseorang itu dihisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sesungguhnya berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sesungguhnya menyesal dan rugilah ia." "Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: 'Periksalah olehmu semua (hai malaikat), apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah.' Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya." "Kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

AWAS! JANGAN LALU DI HADAPAN ORANG SEMBAHYANG

AWAS! JANGAN LALU DI HADAPAN ORANG SEMBAHYANG

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Kekhusyukan dalam sembahyang iaitu menghadirkan hati ketika melaksanakan ibadah sembahyang amat penting kerana pada waktu inilah saat seorang hamba menghadap Tuhannya.

Salah satu cara mendatangkan kekhusyukan dalam sembahyang ialah dengan sentiasa melihat tempat sujud sekalipun bagi orang buta dan sekalipun bersembahyang di dalam keadaan gelap. Namun adakalanya kekhusyukan dalam sembahyang itu hilang dengan sebab adanya gangguan sekeliling, umpamanya orang lalu atau berjalan di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Di sini timbul persoalan mengenai hukum orang yang lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Sembahyang Dengan Meletakkan Sutrah (Pendinding/ Pembatas) Di Hadapan Sunat bagi orang yang hendak melakukan sembahyang termasuklah sembahyang jenazah, membuat atau meletakkan sutrah (pendinding/ pembatas) yang mengarah ke kiblat dan menghadapnya, seperti menghadap dinding atau tiang dan yang seumpamanya seperti kayu yang terpacak. Tinggi sutrah itu pula hendaklah sekitar 2/3 hasta iaitu kira-kira 30.5 sentimeter atau lebih, sementara jarak di antaranya dan sutrah tersebut adalah pada kadar 3 hasta iaitu kira-kira 137.2 sentimeter atau kurang. Tujuan pembatasan tersebut adalah sebagai peringatan kepada orang lain agar menghormati tempat antara sutrah dan orang yang sedang bersembahyang.

Jika tidak ada dinding atau tiang, maka sunat baginya meletakkan tongkat atau barang-barang yang dikumpulkannya di hadapannya untuk dijadikan sutrah. Jika tidak ada, sunat baginya menyediakan sutrah dengan membentangkan permaidani seperti sejadah atau membuat garisan pada kawasan di hadapan dengan garisan memanjang pada kadar 3 hasta iaitu kira-kira 137.2 sentimeter, atau kurang daripada kadar tersebut. Cara ini adalah sebagaimana yang dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bersembahyang, maka hendaklah menjadikan (meletakkan) sesuatu di hadapannya. Jika tidak ada, maka tegakkanlah tongkat (di hadapannya). Jika tidak ada tongkat bersamanya, maka hendaklah dia membuat garisan.

Dengan demikian, apa sahaja yang lalu di hadapannya, tidak akan memudharatkannya.” (Hadis riwayat Abu Daud) Walaupun kedudukan hadis ini dha‘if , tetapi ia boleh dipakai di dalam perkara fadhail a‘mal kerana cara membuat batas sembahyang (sutrah) termasuk di dalam perkara fadhail a‘mal itu.

Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.

http://jarumemas.blogspot.com/

PRANGIN MALL

Kali ni geng TIZANA membuat tinjauan di PRANGIN MALL. Salah sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Pulau Pinang. Memang besar pusat membeli-belah ni. Boleh lenguh kaki tau kalau jalan-jalan kat pusat membeli-belah ni. Memang benar kata sebuah pepatah Inggeris "DON'T JUDGE A BOOK BY IT COVER". Jangan buat tafsiran sendiri tanpa melihat perkara sebenar. Tinjauan kami mendapati keadaan surau di PRANGIN MALL sungguh mengecewakan. Kami mencari-cari di manakah terletaknya lokasi surau di pusat membeli-belah ini. Rupa-rupanya lokasi surau berada di tempat letak kereta di aras bawah (Ground Flour). Kami bersama-sama menuju ke surau tersebut. Bayangkan betapa terkejutnya kami semasa manuju ke surau tersebut. Keadaan dan persekitaran yang sunyi dan menakutkan. Beginikah perkhidmatan surau yang disediakan untuk orang awam yang beragama islam? Sebesar-besar bangunan pusat membeli-belah ini, patutkah lokasi surau berda di tempat sedemikian? Di sini kami sertakan gambar lokasi, keadaan dan persekitaran surau tersebut. Sungguh mengecewakan kami ketika berada di tempat tersebut.
Pemandangan PRANGIN MALL dari luar.

Tanda arah menuju ke surau.
Pemandangan ke lokasi surau.
Patutkah sebuah pusat membeli-belah yang sebegini besar mempunyai lokasi surau di tempat letak kereta?
Wajarkah pemandangan begini berada di kawasan surau? Sedangkan ISLAM amat menitik beratkan soal kebersihan terutamanya di tempat untuk beribadat.
Beginilah pemandangan luar surau di PRANGIN MALL. Lokasi yang tersorot, sunyi dan menakutkan.

Pemandangan tempat mengambil wuduk untuk lelaki dan wanita.

Mana pemisahnya? Sudah pasti timbul rasa segan terutamanya bagi kaum wanita untuk mengambil wuduk dalam keadaan begini. Sungguh terdedah.


Pemandangan di dalam surau. Sungguh mengecewakan. Saiz yang terlalu kecil dan keadaan di dalam surau yang berbau kurang menyenangkan. Sudah pasti pengguna dan orang awam tidak dapat beribadat dengan selesa.

Tanda kiblat hanya di lakar pada lantai surau tersebut.

Pemandangan atas surau tersebut.

Beginilah keadaan dan persekitaran surau tersebut. Apakah pandangan anda semua tentang keadaan surau ini? Adakah keadaan seperti ini wajar berlaku di pusat membeli-belah seperti ini? Sama-sama kita fikirkan.

EMAIL : ADUAN KEPADA GIANT,BAYAN LEPAS

Daripada: LIYANA BINTI ROMLI
Kepada : http://www.giant.com.my/
Tarikh : RABU, 1 APRIL 2009
Email : islamiclifetizana.blogspot.com

Tuan,

Perkara : Aduan tentang surau awam di pusat membeli-belah Giant, Bayan Lepas Pulau Pinang.

Berhubung perkara diatas, kami pelajar tahun akhir USM, major dalam Antropologi & Sosiologi sedang membuat kajian tentang surau di sekitar Pulau Pinang untuk melengkapi keperluan kursus Globalization Cyber & Future Studies (SAU 216).
2. Berdasarkan kajian kami, kami mendapati surau awam di pusat membeli-belah Giant, Bayan Lepas Pulau Pinang ini berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Surau tersebut kurang mengambil berat tentang kebersihan surau dan kemudahan yang patut disediakan. Selain itu juga, surau berkenaan berada dalam keadaan kurang kemas dan berselerak dengan kain sembahyang, sejadah serta peralatan surau yang lain.
3. Dengan ini, kami berharap pihak tuan dapat membuat tinjauan dan tindakan terhadap surau pusat membeli-belah tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

EMAIL : ADUAN KEPADA MPPP

Daripada: LIYANA BINTI ROMLI
Kepada :
aduan@mppp.gov.my
Tarikh : RABU, 1 APRIL 2009
Email : islamiclifetizana.blogspot.com

Tuan,

Perkara : Aduan tentang surau-surau awam di sekitar Pulau Pinang.

Berhubung perkara diatas, saya LIYANA BINTI ROMLI pelajar tahun akhir USM, major dalam Antropologi & Sosiologi sedang membuat kajian tentang surau-surau di sekitar Pulau Pinang untuk melengkapi keperluan kursus Globalization Cyber & Future Studies (SAU 216).

2. Berdasarkan kajian kami, kami mendapati banyak surau yang berada di sekitar Pulau Pinang ini berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Kebanyakan surau-surau tersebut tidak mengambil berat tentang kebersihan surau dan kemudahan yang patut disediakan. Selain itu, kebanyakan lokasi surau terutamanya di pusat-pusat membeli-belah seperti di Bukit Jambul, Gurney Plaza, Perangin Mall dan Komtar berada di tempat-tempat yang tersorot dan sukar untuk di temui seperti di tempat letak kereta. Keadaan ini menyukarkan orang awam yang beragama islam untuk mencari surau tersebut.

3. Dengan ini, kami berharap pihak tuan dapat membuat tinjauan dan tindakan terhadap pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului ucapan terima kasih.

March 26, 2009

TESCO EXTRA SUNGAI DUA

Kali ni kita tinjau pula surau yang ada di Tesco Extra Sungai Dua. Untuk makluman Tesco ni baru je dibuka lebih kurang 2 tahun yang lepas dan sebelumnya tempat perniagaan ini dioperasikan oleh Makro. Kitorang sememangnya kerap kali singgah di Tesco Extra ini untuk membeli barang keperluan kerana terletak berhampiran dengan USM kesayangan.. so takde la makan masa sangat kan.. huhu...

Yang nak dijadikan ceritanya.. walaupun kitorang selalu menghabiskan duit memborong sesuka hati kat Tesco ni, kitorang tak pernah pulak menggunakan surau yang disediakan. Bukannya apa, dah tempatnya dekat.. so balik solat kat bilik la kan.. lagipun bukan lama sangat memborong kurang-kurang 2 jam.. hehe.. ( tu belum lagi shopping kat Queensbay).

Jom..... sama-sama tengok rupa surau yang ada kat sini..

Tesco Extra Sungai Dua
Signbord menuju ke surau
Kat TESCO EXTRA ni ada dua(2) laluan untuk menuju ke surau tersebut.. kepada yang pernah menggunakan surau ini pasti sudah tahu laluannya..

Laluan yang merentasi hadapan surau lelaki..
Laluan ini terus ke surau wanita..
Walau bagaimanapun, surau lelaki dan wanita adalah bersebelahan..
Tempat utama yang kita mesti tinjau adalah tempat ambil wuduk.. Jom kita tengok samada ia bersih atau tidak.
haa..macam mane?? bagi kiteorang tempat wuduk surau ni sederhana jer.. Bersesuaian dengan saiz suraunya.. Bersih dan selesa..lihat gambar di bawah..

Gambar di bawah adalah pemandangan dalam keadaan surau.. Saiznya sederhana jer kan.. nampaknya terdapat dua(2) orang awam sedang bersolat..

Bagi keadaan surau di tesco ini pula nampaknya tak tersusun walaupun disediakan tempat menyimpan kain sembahyang dan sejadah.. Sepatutnya orang awam yang menggunakan surau ini perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelengkapan surau yang dikhaskan ini. Lihat gambar di bawah..