Showing posts with label Free Info Sharing. Show all posts
Showing posts with label Free Info Sharing. Show all posts

April 02, 2009

Cebisan ilmu... Cetusan minda...

"Berburu kepadang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi"

"Baik-baik mengail tenggiri,
Takut terkena si ikan parang,
Baik-baik merendah diri,
Takut menjadi hamba orang"

"Cincin baiduri di dalam tempayan,
Diambil diletak di dalam raga,
Bukan hebat dirimu tuan,
Jika ilmu di dada cuma"

April 01, 2009

DEFINISI SURAU

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.

sumber: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas