Showing posts with label Kiblat mengadap pintu.. sesuai ker? Think about that... Show all posts
Showing posts with label Kiblat mengadap pintu.. sesuai ker? Think about that... Show all posts

March 14, 2009

PRAYER ROOM AT TESCO


++Kiblat mengadap pintu.. Not suitable right?++





++15 March 2009++

Beberapa minggu yang lepas, kitorang pergi ke Tesco untuk beli sedikit barang keperluan. Waktu kami pergi hari telah agak petang kerana baru sahaja pulang dari kelas pada jam 5 petang. Sesampainya di Tesco, kami terus meninjau dan membeli barang keperluan tersebut. Kami mengambil masa yang agak lama untuk membeli belah, disebabkan itu kami membuat keputusan untuk bersembahyang asar di surau Tesco berkenaan.
Ketika pertama kali melangkah ke dalam surau berkenaan, hati mengatakan ianya di kira agak selesa dan lengkap walaupun tidak begitu besar. Segala kelengkapan seperti telekung sembahyang, sejadah, penunjuk arah kiblat, almari, tempat berwuduk, cermin dan penghawa dingin semuanya disediakan. Malah di dalam surau tersebut juga disediakan sebuah kerusi bersebelahan dengan tempat mengambil wuduk.
Namun, apa yang memeranjatkan dan mengecewakan kami ialah pintu masuk dan tempat berwuduk surau tersebut bertentangan dengan arah kiblat. Pelik bukan? Bayangkan, adakah anda dapat bersembahyang dengan kusyuk sekiranya pintu terbuka ataupun orang lalu lalang di hadapan anda? Mungkin sesetengah daripada anda telah biasa menggunakan surau sebegini. Namun, secara jujur kami tidak pernah menemui dan menggunakan surau yang seperti ini. Dan pada kami, kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku dan jikapun ada, ianya perlulah diubahsuai dengan segera untuk memberi keselesaan kepada pengguna.