AWAS! JANGAN LALU DI HADAPAN ORANG SEMBAHYANG
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Kekhusyukan dalam sembahyang iaitu menghadirkan hati ketika melaksanakan ibadah sembahyang amat penting kerana pada waktu inilah saat seorang hamba menghadap Tuhannya.
Salah satu cara mendatangkan kekhusyukan dalam sembahyang ialah dengan sentiasa melihat tempat sujud sekalipun bagi orang buta dan sekalipun bersembahyang di dalam keadaan gelap. Namun adakalanya kekhusyukan dalam sembahyang itu hilang dengan sebab adanya gangguan sekeliling, umpamanya orang lalu atau berjalan di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Di sini timbul persoalan mengenai hukum orang yang lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Sembahyang Dengan Meletakkan Sutrah (Pendinding/ Pembatas) Di Hadapan Sunat bagi orang yang hendak melakukan sembahyang termasuklah sembahyang jenazah, membuat atau meletakkan sutrah (pendinding/ pembatas) yang mengarah ke kiblat dan menghadapnya, seperti menghadap dinding atau tiang dan yang seumpamanya seperti kayu yang terpacak. Tinggi sutrah itu pula hendaklah sekitar 2/3 hasta iaitu kira-kira 30.5 sentimeter atau lebih, sementara jarak di antaranya dan sutrah tersebut adalah pada kadar 3 hasta iaitu kira-kira 137.2 sentimeter atau kurang. Tujuan pembatasan tersebut adalah sebagai peringatan kepada orang lain agar menghormati tempat antara sutrah dan orang yang sedang bersembahyang.
Jika tidak ada dinding atau tiang, maka sunat baginya meletakkan tongkat atau barang-barang yang dikumpulkannya di hadapannya untuk dijadikan sutrah. Jika tidak ada, sunat baginya menyediakan sutrah dengan membentangkan permaidani seperti sejadah atau membuat garisan pada kawasan di hadapan dengan garisan memanjang pada kadar 3 hasta iaitu kira-kira 137.2 sentimeter, atau kurang daripada kadar tersebut. Cara ini adalah sebagaimana yang dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bersembahyang, maka hendaklah menjadikan (meletakkan) sesuatu di hadapannya. Jika tidak ada, maka tegakkanlah tongkat (di hadapannya). Jika tidak ada tongkat bersamanya, maka hendaklah dia membuat garisan.
Dengan demikian, apa sahaja yang lalu di hadapannya, tidak akan memudharatkannya.” (Hadis riwayat Abu Daud) Walaupun kedudukan hadis ini dha‘if , tetapi ia boleh dipakai di dalam perkara fadhail a‘mal kerana cara membuat batas sembahyang (sutrah) termasuk di dalam perkara fadhail a‘mal itu.
Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment