Hai.. Assalamualaikum semua... Kali ni geng TIZANA memilih satu lagi pusat membeli-belah di Penang iaitu Sunshine.. Mesti anda semua pernah shopping kat sini kan.. Amacam, best tak shopping kat sini.. Mesti la best kan.. Banyak barang-barang berjenama gitu.. Okey lah, sekarang ni jom kita masuk Sunshine..

Sampai jer tingkat 2, salah seorang daripada kami ada ambik gambar dalam Sunshine ni.. Just ambik gambar pemandangan dalam sunshine.. Gambar orang tengah shopping. tapi, tetiba datang seorang staff bertanya kenapa kita orang ambik gambar.. Dan kita orang bagitau la kita orang sebenarnya nak cari surau.. Nak masuk dalam research kita orang.. Kita orang jelaskan siapa sebenarnya kita orang.. Tapi, jawapan dia mengecewakan.. dia kata surau tu hanya untuk staff sahaja.. orang luar tidak boleh.. Ambik gambar dalam Sunshine pun dia tak bagi.. Dia kata kena ada surat.
cuba bayangkan tempat membeli-belah macam tu tak ada surau.. Ada pun hanya untuk staff sahaja.. Mana kemudahan untuk orang awam? terutamanya bagi masyarakat yang beragama islam.. Sungguh mengecewakan.. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.. Kemudahan seperti surau patut di sediakan.. Perkara macam ni kan memudahkan pengguna dan orang awam yang membeli-belah kat situ..Betul tak? macam mana pendapat anda semua? Patut tak surau ada di setiap pusat membeli-belah? Patut kan.. Sebab itu salah satu kemudahan bagi masyarakat yang bergama islam untuk menunaikan tanggungjawab..
No comments:
Post a Comment