April 01, 2009

PRANGIN MALL

Kali ni geng TIZANA membuat tinjauan di PRANGIN MALL. Salah sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Pulau Pinang. Memang besar pusat membeli-belah ni. Boleh lenguh kaki tau kalau jalan-jalan kat pusat membeli-belah ni. Memang benar kata sebuah pepatah Inggeris "DON'T JUDGE A BOOK BY IT COVER". Jangan buat tafsiran sendiri tanpa melihat perkara sebenar. Tinjauan kami mendapati keadaan surau di PRANGIN MALL sungguh mengecewakan. Kami mencari-cari di manakah terletaknya lokasi surau di pusat membeli-belah ini. Rupa-rupanya lokasi surau berada di tempat letak kereta di aras bawah (Ground Flour). Kami bersama-sama menuju ke surau tersebut. Bayangkan betapa terkejutnya kami semasa manuju ke surau tersebut. Keadaan dan persekitaran yang sunyi dan menakutkan. Beginikah perkhidmatan surau yang disediakan untuk orang awam yang beragama islam? Sebesar-besar bangunan pusat membeli-belah ini, patutkah lokasi surau berda di tempat sedemikian? Di sini kami sertakan gambar lokasi, keadaan dan persekitaran surau tersebut. Sungguh mengecewakan kami ketika berada di tempat tersebut.
Pemandangan PRANGIN MALL dari luar.

Tanda arah menuju ke surau.
Pemandangan ke lokasi surau.
Patutkah sebuah pusat membeli-belah yang sebegini besar mempunyai lokasi surau di tempat letak kereta?
Wajarkah pemandangan begini berada di kawasan surau? Sedangkan ISLAM amat menitik beratkan soal kebersihan terutamanya di tempat untuk beribadat.
Beginilah pemandangan luar surau di PRANGIN MALL. Lokasi yang tersorot, sunyi dan menakutkan.

Pemandangan tempat mengambil wuduk untuk lelaki dan wanita.

Mana pemisahnya? Sudah pasti timbul rasa segan terutamanya bagi kaum wanita untuk mengambil wuduk dalam keadaan begini. Sungguh terdedah.


Pemandangan di dalam surau. Sungguh mengecewakan. Saiz yang terlalu kecil dan keadaan di dalam surau yang berbau kurang menyenangkan. Sudah pasti pengguna dan orang awam tidak dapat beribadat dengan selesa.

Tanda kiblat hanya di lakar pada lantai surau tersebut.

Pemandangan atas surau tersebut.

Beginilah keadaan dan persekitaran surau tersebut. Apakah pandangan anda semua tentang keadaan surau ini? Adakah keadaan seperti ini wajar berlaku di pusat membeli-belah seperti ini? Sama-sama kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment