April 02, 2009

SURAU DI GURNEY PLAZA..

Tempat kajian kiteorang yang seterusnya adalah di PLAZA GURNEY yang terletak di bandar Georgetown..pasti anda semua sudah mengenalinya dengan lebih jelas lagi kerana Plaza Gurney nie merupakan salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Pulau Pinang..kalau tak pernah dengar tue..memang pelik bin ajaib la jawabnya..di bawah nie kiteorang sertakan gambar-gambar sebagai bukti hasil kajian surau kiteorang di tempat tersebut.

Pandangan depan Plaza Gurney

Jom kita tinjau surau yang disediakan di tempat ini.. Macam biasa bagi permulaan kajian, pihak pengurusan menyediakan papan maklumat tentang lokasi kedai-kedai dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini.. tetapi malangnya kami tidak menjumpai sebarang tanda atau maklumat mengenai kemudahan surau yang disediakan di kawasan ini. Di tingkat yang seterusnya iaitu melalui papan maklumat yang lain juga turut tidak meletakkan tanda surau sehingga kami menanyakan lokasi surau kepada salah seorang penjual di sebuah kedai di tempat tersebut. Hal ini amat menyukarkan orang ramai khususnya kepada penganut agama islam yang ingin bersolat. Lokasi surau adalah berada di tingkat 5...

Papan maklumat yang disediakan di setiap aras tingkat bangunan

Sekali lagi kami agak terkejut kerana lokasi surau berada di luar kawasan bangunan berkenaan dan berhampiran dengan tempat letak kenderaan. Kami berasa agak takut dan bimbang disebabkan kawasan tersebut agak gelap dan sunyi walaupun kami ke sana secara berkumpulan. Pihak pengurusan sepatutnya mengambil peranan yang penting dalam menyediakan kemudahan awam ini di tempat orang ramai bukannya di tempat yang tersorot dan tersembunyi daripada pandangan orang ramai. Pelbagai kes kemungkinan boleh berlaku seperti kes ragut, kes curi, samun, rogol dan sebagainya dan ini boleh mengancam keselamatan para pengguna surau berkenaan terutama sekali bagi kaum wanita. Tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan nyawa dan keselamatan pra pengguna surau berada dalam keadaan yang selamat.

Petunjuk arah ke surau..berada di tempat letak kenderaan
Setelah tiba di tempat fokus kajian,..kami mendapati penanda surau tidak dilekatkan dengan betul pada tempat yang sebenar. Hal ini menunjukkan pihak pengurusan tidak peka dan prihatin dengan keadaan yang berlaku. Lihat gambar di bawah..
Penanda surau tidak dilekatkan pada muka pintu surau
Hah...agak teruk dan megecewakan para pengguna..lihat tempat wuduk yang disediakan tue,..memeranjatkan.. satu persoalan yang bermain-main di fikiran kiteorang...tempat tersebut dalam proses dibaiki atau telah siap dibaiki???
Tempat wuduk yang di sediakan di Plaza Gurney

Di samping tempat wuduk yang tidak memuaskan..di kawasan tersebut agak berserabut dan bersepah-sepah dengan peralatan-pelralatan lain seperti penyapu, mop lantai, wayar paip dan sebagainya..Hal ini menjadikan kawasan surau tidak kemas dan tidak tersusun. Di tegaskan di sini bahawa pihak pengurusan sekali lagi perlu memandang serius dalam hal-hal sebegini.. Hal ini adalah kerana pusat membeli-belah tersebut merupakan salah sebuah tempat yang terkemuka di Pulau Pinang.. Jika kemudahan surau sebegini disediakan untuk para pengguna sudah tentu imej tempat tersebut akan menjadi negatif di mata masyarakat sekeliling...So, inisiatif dan usaha yang sewajarnya perlu dititikberatkan..

Tempat wuduk berselerak dan bersepah-sepah

Nie pula keadaan dalam surau berkenaan..sederhana bersih dan sederhana selesa..tetapi nampaknya beberapa peralatan yang disediakan tidak mencukupi seperti almari dan rak-rak pakaian solat ..

Keadaan tempat solat berkenaan.

Tempat solat wanita

Sejadah tidak dilipat dan disimpan apabila sudah digunakan..

Arah kiblat dilakar pada dinding dengan hanya menggunakan "marker"
Satu lagi kelemahan bagi surau di sini iaitu mempamerkan arah kiblat dengan hanya menggunakan "marker" sebagai tanda arah kiblat di surau berkenaan. Pihak pengurusan seharusnya menunjukkan sikap keprihatinan mereka dalam menyediakan kelengkapan surau yang sempurna.
Rak yang yang disediakan

Surau tersebut bersaiz sederhana besar dan hanya menyediakan sebuah rak sahaja untuk menyimpan peralatan solat seperti kain sembahyang, sejadah, Al-Quran, surah Yassin dan sebagainya.. Keadaan ini menyebabkan keadaan menjadi seperti di bawah...
Para pengguna terpaksa menyangkut kelengkapan pakaian solat mereka pada dinding..Hal ini menyebabkan keadaan surau nampak lebih berserabut dan tidak tersusun dengan kemas.. Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan sebuah almari untuk memudahkan orang awam terutama para pekerja di tempat tersebut untuk menyimpan barang-barang mereka.
Gas pemadam kebakaran ini juga tidak disangkut dengan betul dan hanya diletakkan di suatu sudut ruang solat begitu sahaja..Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kes-kes kecurian peralatan surau dan sebagainya.. Pihak pengurusan surau perlu memastikan surau berada dalam keadaan yang baik dan sempurna supaya para pengguna terutama sekali kepada penganut agama islam boleh mngerjakan solat mereka dengan khusyuk dan sempurna.. Segala inisiatif dan usaha perlu diberi penekanan mulai sekarang..

11 comments:

  1. welcome 2 penang..camnilah realiti surau shopping complex kat penang..bagi aku, surau yg betul2 memuaskan di queensbaymall, tu pon kt tingkat5 n susah nak cari..sedihnya bila nak cari tempat solat, keadaan pon x memuaskan..nak salahkan pengurusan??depa tu cina,org islam cam kita ni apa bleh buat..nganga je la..huu

    ReplyDelete
  2. Bukan apa benda ni jadi, aku rasa sekarang kita sebagai rakyat penang kena sedar, bahawa sebagai umat islam kita kena bersatu kembali untuk menegakkan ISLAM, kalau tidak begini la jadinya.... sebagai kerajaan mereka bergantung kepada suara rakyat, so kita sebagai rakyat kena betulkan apa yang sepatutnya.... dan aku perasan kebanyakan orang islam di Penang jarang solat, so benda-benda begini biasa dia orang tak endahkan...fikir-fikir lah....

    ReplyDelete
  3. ini kali lah, mesti pilih UMNO

    ReplyDelete
  4. Salam. I was looking for the surau at gurney plaza n searched the web and saw your article. And it caused me trouble bcs the surau is actually at level 2, not level 5 anymore and the facility is actually quite nice. I think its time for you to remove this post to avoid confusion for other people when they are finding directives to the surau of gurney place. I'm also aware of the concierge and information board in the surau but its 2014 and people can use the mobiles to find places right, and so I did and this post is misleading and cost me time and energy running through level 5 carpark but didn't find any. Yes the surau was less user-friendly back in 2009 but now it is very comfortable and well-maintained. Thank you.

    ReplyDelete
  5. Tu dulu tp skrang surau dekat gurney plaza dh ad kt dlm kompleks...cantik dan bersih bukan mcam yg dulu...saya orang penang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dah ada...dulu memang saya cari tak jumpa ..dekat info pelan pun tak ada...

      Delete
  6. Bet ckp hareez...skrg dh pindah dkt tingkat 2 ...sebelah Wah Chan ad lorong kcil..disitulah surau terletak

    ReplyDelete
  7. Baru pergi surau tu tadi. Mmg cantik dan bersih di tingkat 2, lorong sebelah wah chan..

    ReplyDelete
  8. Boleh buang dah kot artikel ni. Surau dah pindah ke tingkat 2

    ReplyDelete
  9. Plz remove or update this article. Its a misleading article.

    ReplyDelete
  10. Nak tnya surau di Plaza Gyrney latest mmg ok ka... Dan di mana..

    ReplyDelete