Kali nie juga.. kiteorang berkesempatan untuk meninjau surau di salah sebuah hotel terkemuka di Pualu Pinang.. Hotel yang menjadi sasaran kami ialah Hotel Continental yang terletak di Georgetown sepertimana gambar di bawah..


Selain itu, kami diberitahu bahawa pihak pengurusan hotel tidak meyediakan perkhidmatan ini adalah kerana bagi mereka para pengguna hotel boleh menunaikan solat mereka di dalam bilik penginapan masing-masing. Bagi kami, jawapan yang diberikan agak tidak relevan kerana sesetengah pengguna hotel terutamanya bagi mereka yang beragama islam akan menggunakan surau untuk menunaikan solat secara berjemaah. Hal ini kerana solat berjemaah adalah berlipat kali ganda lagi amalan pahala yang diterima berbanding dengan solat yang didirikan secara bersendirian. Sememangnya boleh jika berjemaah di dalam bilik penginapan hotel tersebut, tetapi hal ini mungkin dihadkan kepada sebuah keluarga sahaja..
Bagi memperlengkapkan kemudahan yang disediakan di hotel berkenaan, pihak pengurusan hotel sepatutnya peka dan prihatin dengan persekitaran di sekeliling. Mereka seharusnya bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan yang penting ini terutamanya bagi penganut agama islam yang akan bersolat secara berjemaah di situ.
No comments:
Post a Comment