April 03, 2009

SURAU DI KOMTAR...jom kita lihat..

Kali nie,. kiteorang sepakat nak kaji surau kat KOMTAR lak.. Komtar atau nama penuhnya Kompleks Tun Abdul Razak nie merupakan bangunan tertinggi di Penang dan terletak di pusat bandar Georgetown.. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke sini memandangkan Komtar merupakan salah satu bangunan komersil yang mempunyai keunikannya tersendiri.. Jom kita selidik surau komtar di sini..
Pemandangan dari muka depan KOMTAR, Georgetown

KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak)

Haa..dah jumpa pun simbol surau.. Lokasi surau berada pada aras 1 dalam bangunan tersebut..Mudah dan cepat apabila pihak pengurusan menyediakan petunjuk sebegini..

Nie pulak signboard surau yang terletak di atas muka pintu surau..

Dan beginilah rupa dari muka pintu depan surau wanita.. Macam mane ?? ok tak??
hehe..bagi kiteorang ia kelihatan agak buruk dan usang.. dan tidak bersesuaian dengan nama Komtar yang tersohor bukan sahaja di Penang malah juga terkenal di seluruh Malaysia.

Ini pula rupa depan bahagian surau lelaki.. juga kelihatan agak buruk dan usang.. Rupa sebegini mungkin disebabkan oleh usia bangunan itu sendiri iaitu telah dibina beberapa dekad yang lalu..dan ia bukan dijadikan sebagai alasan..pihak pengurusan yang bertanggungjawab ke atas surau berkenaan harus peka dan prihatin terhadap surau tersebut..mereka perlu melakukan pelbagai inisiatif dan usaha untuk memperindahkan keadaan surau agar ia kelihatan cantik dan indah di mata pengguna..

Gambar di atas menunjukkan ruang solat wanita.. bagi kami ia agak sempit dan hanya boleh memuatkan beberapa orang sahaja pengguna surau untuk bersolat.. Keadaan sebegini menyebabkan para pengguna berada dalam keadaan tidak selesa untuk bersolat.. Pihak yang berwajib perlu memandang serius perkara ini iaitu memperluaskan keadaan surau tersebut supaya pengguna selesa apabila menggunakan kemudahan ini.

Di samping itu juga, surau berkenaan juga kurang kemas dan berselerak dengan peralatan yang lain.. Peralatan-peralatan yang disediakan perlu disimpan di tempat yang dikhaskan supaya surau berada dalam keadaan kemas dan teratur..

Rak yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti gambar di atas tidak digunakan dengan betul.. sejadah dan peralatan yang lain diletak di tempat lain menyebabkan rak tersebut masih kosong dan boleh memuatkan barang-barang dan kelengkapan surau yang lain..

Hahh..satu lagi masalah di surau di sini iaitu petunjuk arah kiblat hanya dilakar menggunakan "marker" dan di conteng pada dinding.. Sepatutnya pihak pengurusan perlu memastikan arah kiblat tersebut dipamer dengan betul menggunakan signboard yang diiktiraf atau sebagainya supaya pengguna tidak was-was dalam menentukan arah kiblat yang sebenar.. Surau yang bersih, kemas serta indah amat ditekankan di sini bersesuaian dengan tempat tersebut yang terkenal di seluruh tanah air di samping merupakan lambang kemegahan bagi rakyat di sekitar Pulau Pinang..

1 comment:

  1. sebelum ni surau lagi dasat..kat level1 jugak atas stesen bas rapid penang..surat dekat ngn tmpt jual jamu2,kedai baju n repair jeans..surau belah kanan,tp nak amik wudhu kat toilet belah kiri..toilet dh la kotoq,jijik aku tgk..baru2 ni dak pompuan nyaris2 nk kena rogol kt ctu, sib baik mlm tu org ramai dengar jeritan dia..apa2 pon, if kat komtar aku prefer solat kat masjid prangin, lagi selesa n puas hati..

    ReplyDelete