March 26, 2009

TESCO EXTRA SUNGAI DUA

Kali ni kita tinjau pula surau yang ada di Tesco Extra Sungai Dua. Untuk makluman Tesco ni baru je dibuka lebih kurang 2 tahun yang lepas dan sebelumnya tempat perniagaan ini dioperasikan oleh Makro. Kitorang sememangnya kerap kali singgah di Tesco Extra ini untuk membeli barang keperluan kerana terletak berhampiran dengan USM kesayangan.. so takde la makan masa sangat kan.. huhu...

Yang nak dijadikan ceritanya.. walaupun kitorang selalu menghabiskan duit memborong sesuka hati kat Tesco ni, kitorang tak pernah pulak menggunakan surau yang disediakan. Bukannya apa, dah tempatnya dekat.. so balik solat kat bilik la kan.. lagipun bukan lama sangat memborong kurang-kurang 2 jam.. hehe.. ( tu belum lagi shopping kat Queensbay).

Jom..... sama-sama tengok rupa surau yang ada kat sini..

Tesco Extra Sungai Dua
Signbord menuju ke surau
Kat TESCO EXTRA ni ada dua(2) laluan untuk menuju ke surau tersebut.. kepada yang pernah menggunakan surau ini pasti sudah tahu laluannya..

Laluan yang merentasi hadapan surau lelaki..
Laluan ini terus ke surau wanita..
Walau bagaimanapun, surau lelaki dan wanita adalah bersebelahan..
Tempat utama yang kita mesti tinjau adalah tempat ambil wuduk.. Jom kita tengok samada ia bersih atau tidak.
haa..macam mane?? bagi kiteorang tempat wuduk surau ni sederhana jer.. Bersesuaian dengan saiz suraunya.. Bersih dan selesa..lihat gambar di bawah..

Gambar di bawah adalah pemandangan dalam keadaan surau.. Saiznya sederhana jer kan.. nampaknya terdapat dua(2) orang awam sedang bersolat..

Bagi keadaan surau di tesco ini pula nampaknya tak tersusun walaupun disediakan tempat menyimpan kain sembahyang dan sejadah.. Sepatutnya orang awam yang menggunakan surau ini perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelengkapan surau yang dikhaskan ini. Lihat gambar di bawah..


Apa kata kite tengok surau kat HOSPITAL PANTAI MUTIARA..

Macam mana ngan research surau kiteorang sebelum nie..korang berpuas hati tak?.. atau bosan membaca artikel kajian kami tentang beberapa surau di sekitar Penang nie ??.. ishhh.. tak mungkin korang bosan kot ..yelah..negeri korang gak..tak pun salah sebuah negeri dalam Malaysia gak..yang kita cintakan lagi kita banggakan selama nie kan.. geng TIZANA bawa korang yang sedang membaca kajian nie kat Bayan Lepas lagi tau..tapi kali nie kat Hospital Pantai Mutiara Bayan Lepas.. alaa yang sebelah ngan Giant MegaMall tue..kalo x kenal jugak korang bleh tengok hospital ni kat gambar yang kiteorang amik di bawah..
Emm..ni nak promote sket nie.. kalo korang ade masalah kesihatan ker ape ker datang la singgah kat Hospital ni ek hehe.. Hmmm..boleh tahan rupa bangunan Hospital ni,..kalau pesakit kena hantar masuk wad kat sini kompem takut punyer lah.. sebab tengok dari gaya bangunan nie macam dapat sakit yang kritikal n yang berat2 jer hehe..xde lah pe2 penyakit pon bleh dirawat kat hospital nie..tak kira sakit ringan atau berat.. doa-doakanlah kita semua sihat sejahtera hendaknya..n yang paling penting, bagi umat islam jangan lupa untuk bersolat kerana solat itu merupakan tiang agama..jom kita lihat surau kat dalam hospital nie cam mane..



Hospital Pantai Mutiara, Bayan Lepas, Penang

Macam biasalah..mula-mula masuk pintu hospital mesti kami cari signboard surau.. Setelah kami masuk melalui pintu masuk utama hospital nie..geng TIZANA sepantas kilat telah nampak signboard surau kat sebelah kanan hospital sebelum kami meminta keizinan daripada pihak pengurusan hospital ini untuk membuat kajian.. sangat mudah dilihat dan memudahkan urusan kami untuk menuju ke destinasi yang sebenar..

pintu masuk surau lelaki dan perempuan di tingkat 1

Hmm...apa pendapat kamu semua tentang surau nie... tidak kemas dan berselerak kan.. memalukan rakyat Malaysia je..sejadah tidak dilipat dan disimpan di tempat yang dikhaskan..sebagai muslimah sejati yang sentiasa peka dengan kehidupan islam, kita semua mesti memenuhi permintaan agama kita iaitu mengamalkan kebersihan diri, pakaian dan juga tempat beribadat kita..jika keadaan sebaliknya berlaku solat akan terganggu dan menyebabkan seseorang tidak khusyuk dalam solat.. pahala dalam solat menjadi kurang...dan jika keadaan surau kemas, cantik, bersih dan kemas berbekalkan dengan iman yang kuat di dada pasti semua muslimin dan muslimah bersolat dalam keadaan tenang, khusyuk dan dapat bertafakur kepada ALLAH S.W.T tuhan Yang Maha Esa..renung-renungkanlah kita semua..

tengok tuu..lagi menambah keserabutan minda dan memberatkan mata yang memandang.. kain sembahyang tidak disangkut dengan kemas dan teratur di atas penyidai yang disediakan menyebabkan keadaan surau kelihatan tidak terurus.. tuu anda semua belum membaunya.. kiteorang dah bau kain sembahyang tu sebagaimana yang terdapat dalam gambar tersebut.. berbau dan sangat memeningkan kepala..tambah lagi kepala kiteorang yang dah sedia pening ngan beberapa assignment dan test yang sangat berat.. bukan susah pun nak lipat kain sembahyang apabila sudah dugunakan..kesedaran diri yang tinggi dan sikap bertanggungjawab perlu disemai dalam diri masing-masing..barulah semua kerja labih bersistematik.. dan seperkara lagi..pihak pengurusan surau perlulah mengambil sikap keperihatinan masing-masing dan mengambil inisiatif untuk membasuh pakaian-pakaian solat awam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengelakkan pakaian solat berbau hapak dan tercemar..

Beg sembahyang staff-staff hospital berselerak dan berlambak-lambak. satu lagi kekurangan surau ini ialah tidak terdapat almari untuk menyimpan barang-barang keperluan para staff di hospital ni.. pihak pengurusan sendiri harus turun padang untuk menilai dan meneliti apa kekurangan surau tersebut dan apa yang perlu ditingkatkan lagi supaya surau menjadi kemas, bersih, teratur, dan juga indah apabila memandang..

ni pulak surau lelaki..kelihatan sama ngan surau perempuan..sejadah tidak dilipat apabila sudah digunakan..keadaan menjadi tidak kemas dan nampak bersepah.

begitu juga dengan yang ini.. sejadah dan kain solat lelaki tidak dengan betul..

lantai tempat wuduk nie dah berdaki dan perlu dicuci supaya kelihatan lebih bersih dan menarik..

haa..yang ni merupakan kelebihan surau di sini.. menyediakan selipar untuk ke tandas dan juga digunakan untuk mengambil wuduk.. syabas kepada pihak pengurusan hospital kerana menyediakan peralatan yang penting kepada masyarakat untuk menjalankan kewajiban mereka untuk bersolat..

you like it ??...GIANT MEGAMALL

salam sejahtera n assalamualaikum w.b.t... kenal tak ngan simbol kat atas nie...mesti dah kenal sebab suka pergi shopping kan...emmm sasaran geng Tizana kali nie pulak adalah Giant MegaMall Penang.. nak selongkar surau kat situ pulak..jom kite tinjau sesama..

jom shopping

floor directory

bukan nak shopping...tapi nak tengok n kaji surau dia lagu mana..bukannyer apa untuk kebaikan kita bersama..

dah jumpe pun..dengan adanya floor directory tadi..kiteorang dah jumpe surau kat Giant Penang nie..tapi kami kena ikhtiar habis-habisan untuk mencari floor directory ni..sebab kami tak nampak pon pihak pengurusan menyediakan floor directory ni di ruangan muka pintu masuk utama..geng TIZANA memperolahi satu kelemahan pada pihak pengurusan Giant..

ruangan solat .. sejadah tidak dilipat apabila sudah digunakan..mana perginya tanggungjawab pengguna-pengguna terbabit..keadaan menjadi tidak kemas dan berserabut..

perhatikan betul-betul.. adakah anda pasti wanita gemar mengemas rumah? atau sekadar omongan kosong jika begini hasilnya..tindakan sesorang mencerminkan keperibadian seseorang individu.. mungkin sebilangan di kalangan mereka tidak begitu, tapi kesedaran moral dan sifat tanggungjawab kepada mereka-mereka yang melakukannya harus dipupuk mulai sekarang agar tidak memalukan wanita-wanita yang lain. jika diperhatikan lagi. kalendar tidak digantung agar ia mudah dilihat oleh pengguna surau ini.. hal ini juga harus dititikberatkan kerana kekemasan,kebersihan,dan keselesaan surau ini mencerminkan tahap pengurusan MegaMall ini..

look at this.. surau lelaki..kemas?atau sebaliknya?

Bagaimana pula dengan PENANG INTERNATIONAL AIRPORT ??

Hai kawan2.. kali ni geng TIZANA muncul lagi dalam ruangan segmen surau/musolla di PENANG INTERNATIONAL AIRPORT Bayan Lepas.. Fuhhh satu nama yang cukup hebat dan terkenal di Malaysia.. bukan sahaja terkenal kat Malaysia malah seluruh pelosok dunia tau.. yelah dah nama pun international kan.. pasti kawan2 semua dah biasa dengar ataupun menggunakan perkhidmatan ini untuk balik kampung atau melencong kat mana2 kan.. dan bagi yang tak pernah menggunakannya pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan sebenar airport ini dan juga service yang disediakannya kepada para pengguna dan masyarakat dunia...
Geng TIZANA nak berkongsi pengalaman dan maklumat ngan kawan-kawan tentang kajian surau di Airport nie... sebelum memulakan perjalanan hati geng TIZANA dah mula berdebar-debar..hehe bukannyer ape..sebab takut la nak masuk kat sebuah sistem pembangunan dan pengurusan yang hebat dan ternama nie..manalah tahu kot2 kiteorang kena tangkap kat securiti guard kat situ :)...
dahlah kiteorang wat research ni dalam waktu senja..dah maghrib dah pun..tapi semata-mata untuk memperlengkapkan pakej kajian, kiteorang teruskan usaha + tekad di dada untuk menyiapkan kajian surau nie...
kawan2 nak tengok tak macam mana rupe airport ni ?? haaa...kat bawah ni ade picture yg kiteorang amik untuk berkongsi maklumat ngan kawan2 semua..


Dari pandangan sisi PENANG INTERNATIONAL AIRPORT berlatarbelakangkan pemandangan indah di waktu senja

papan maklumat dan petunjuk arah
Selepas di zoomkan

Kiteorang memulakan research dengan lafaz bismillah dan seterusnya menuju ke arah papan tanda maklumat seperti di atas untuk mendapatkan surau yang disediakan di sini.. pencarian tidak sesukar sebagaimana yang kami alami di sebilangan tempat kajian kami yang lain sebelum ini. syabas diucapkan kepada pihak pengurusan kerana menyediakan perkhidmatan yang cukup penting kepada semua lapisan masyarakat .

Signboard surau di muka pintu

Signboard surau ini juga penting sebagai simbol tempat yang dituju.
jom kita lihat bagaimana pula di dalamnya..

Ruangan solat

hmmm...kenapa? terkejut atau normal macam biasa? apa persoalan yang berlegar-legar di kotak pemikiran kawan2 semua..adakah surau ini bersih? cantik? selesa? kemas? atau sebaliknya.. terlebih dahulu TIZANA nak mohon seribu kemaafan jika terdapat kekhilafan yang berlaku atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.. bagi geng TIZANA..kiteorang agak terkejut jugak laa apabila melihat keadaan sebenar surau di PENANG INTERNATIOL AIRPORT nie.. bagi kiteorang suraunya biasa saje.. sederhana besar saiznya..agak selesa tapi tak sepenuhnya, mempunyai kekemasan yang tersendiri dan kurang kunjungan ramai ... pandangan kami agak berbeza di awal kajian berbanding setelah melihat dengan mata kepala kami sendiri.. kami berasakan surau ini tidak bertepatan dengan nama yang diberi "PENANG INTERNATIONAL AIRPORT". apa yang kami rasakan sepatutnya surau yang disediakan ini mempunyai tahap service yang tinggi setanding dengan surau-surau yang lain.
kami bukan sekadar mengambil gambar untuk membuktikan hasil kajian kami malah turut menggunakannya surau ini bersama-sama dengan muslimah-muslimah yang lain untuk merasakan sendiri bagaimana perkhidmatan yang disediakannya ini..
nilah fokus utama kajian kami untuk memperbaiki, memperbetulkan, dan juga meningkatkan lagi mutu surau-surau yang ada di sekitar Penang ini terutama sekali bagi bangunan-bangunan yang telah diiktiraf sebagai bangunan komersil yang dikenali di seluruh pelosok dunia...

Tempat wuduk

hah..kami sebagai pengguna surau ini..sangat2 tidak berpuas hati dengan apa yang kami lihat dan apa yang kami rasai.. keadaan tidak kemas dengan "moop" pencuci lantai dan wayar paip yang tidak tersimpan di tempat yang disediakan. di tambah lagi dengan kesan karat pada simen tempat wuduk menambahkan lagi kekotoran dan keusangan surau ini. kami sangat kecewa dengan keadaan ini. sangat2 memalukan kami sebagai anak jati diri Malaysia.. dan dipandang rendah oleh mereka-mereka yang datang melancong ke negara kita ini.
keadaan ini tidak sepatutnya berlaku..dan pihak pengurusan sepatutnya mengambil peranan yang sewajarnya untuk membasmi kekurangan yang ada..perubahan tingkahlaku dan sikap patut ditiikberatkan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan lagi mutu surau di tempat yang ternama ini.

Rak kasut dan selipar

satu hal yang memalukan kami juga iaitu rak selipar/kasut yang kian usang menunggu masa untuk roboh..cuba kawan2 bayangkan bagaimana agaknya perasaan kawan2 apabila pelancong asing luar negara melihatnya. sudah pasti beberapa kritikan tentang service yang disediakan sudah lali didengar. dan inilah masanya pihak pengurusan untuk membaiki kelemahan yang ada. jangan hanya indah khabar dari rupa..
negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan terkenal dengan aset pelancongannya..maka,tepuk dada tanya selera..kitalah yang mencorakkan perubahan itu..

Rak buku dan alatan sembahyang lelaki
apa pandangan kawan2?.. kemas, bersih dan berpuas hati? atau sebaliknya? anda tentukan..

Tabung kebajikan

Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan surau kerana menyediakan kelengkapan yang penting bagi memudahkan muslimin dan muslimah untuk beribadat sambil menderma.. tak kira tinggi atau rendah, besar atau kecil pangkat surau tersebut..ia perlu diletakkan untuk menyalurkan bantuan kepada fakir miskin yang memerlukan di dunia ini..dan kalau boleh tabung kebajikan tue,, ditukarkan dengan yang lain..sebab kami melihatnya agak lama dan telah berkarat :) ..

Kalendar islamik penting untuk memudahkan para jemaah untuk bersolat pada waktu-waktu yang telah ditetapkan..



Papan nota maklumat surau ini juga disediakan untuk memudahkan segala urusan untuk umat islam beribat.. sebagai negara membangun yang akan mencapai wawasan 2020 dan dunia globalisasi yang pesat membangun kini..ia perlu ditukarkan kepada papan nota waktu solat digital bersesuaian dengan nama Penang International Airport itu sendiri yang gah di mata dunia..
diharapkan sekali lagi, pihak pengurusan dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada untuk memenuhi keperluan masyarakat di dunia..

March 25, 2009

APA PENDAPAT ANDA TENTANG SURAU INI?

Surau ini merupakan surau bangunan IVORY yang terletak berhampiran dengan pintu masuk Desasiswa Restu, Saujana, Tekun (RST) Universiti Sains Malaysia (USM). Lokasinya yang strategik iaitu terletak berhampiran dengan deretan kedai-kedai makan di sekitarnya memudahkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan mereka untuk bersolat . Surau yang sederhana besar ini menerima kunjungan ramai terutama sekali daripada warga USM yang berada berhampiran dengan surau tersebut.


Keadaan tempat mengambil wuduk di surau ini yang kotor dan tidak terurus kerana lantai tidak dicuci dan wayar air berselerakan.Hanya terdapat satu(1) tempat wuduk sahaja di surau ini menyebabkan pengguna lelaki dan wanita terpaksa berkongsi tempat wuduk. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna.


Tempat solat yang kemas dan terurus memberi keselesaan kepada pengguna. Surau ini dilengkapi dengan hiasan kalimah Allah, sejadah, penunjuk arah kiblat, Al-Quran, dan sebagainya.Peralatan ini memudahkan pengguna untuk menunaikan solat dan memberi keselesaan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.


Pemandangan dari luar.. Unik kan bentuknya. Surau ini terbahagi kepada dua(2) bahagian iaitu tingkat atas dan tingkat bawah. Tingkat atas merupakan tempat solat untuk kaum wanita manakala tingkat bawah merupakan tempat solat untuk kaum lelaki.

March 23, 2009

SURAU KAT PULAU JEREJAK







Pemandangan daripada tangga menuju ke surau tersebut



Tanda arah menuju ke surau tersebut.


Helloo everyone... Assalamualaikum...(^_^)

Hari sabtu baru-baru ni, tanggal 22hb Mac 2009, aku gi kat Pulau Jerejak..

Jalan-jalan untuk menjelajahi kawasan Pulau Pinang. Al-maklum la, dah "final year". Tak semua tempat kat penang ni aku telah jelajahi. Rasa rugi jer kalau tak gi jalan kat semua tempat kat sini.

Sebagai memulakan cerita, aku nak bagitau pasal suasana dan keadaan kat Pulau Jerejak tu. Tempat tu sebenarnya telah di pakejkan sebagai tempat pelancongan. Segala aktiviti kat pulau tu telah di pakejkan dalam harga-harga tertentu. Kat sana ada tempat untuk menginap dengan bayaran yang agak mahal la jugak. Aku gi sana dengan pakeg RM50. Semua aktiviti bleh buat. Daki bukit, masuk hutan, main panjat-panjat, berbasikal, dan makan sekali tau. Makan ni la yang paling best. Boleh makan seberapa banyak kita nak makan kat situ. Kat situ suasana tenang jer.Tak ada bunyi kebisingan kota, hanya yang ada bunyi burung-burung. Pemandangan kat situ menarik. Kat tepi laut dan dapat nikmati suasana semulajadi.

Aku jalan-jalan jer hari tu kat Pulau Jerejak tu. Aku suka tempat tu. Aku ada kat situ dari jam 1.30 tngahari sampai pukul 4petang. Lama tu.. Ini bermakna aku sempat solat zohor kat surau kat Pulalu Jerejak tu. Surau kat situ sangat cantik dan selesa. Tempat pelancongan kan. Mestilah kena jaga.. betul tak? suasana kat surau tu tenang jer. Mungkin sebab kedudukan dia kat atas bukit cikit agaknya. Surau dia bersih. Kemudahan baju sembahyang juga disediakan. Ada tempat untuk sangkut baju sembahyang. Kan selesa macam ni. Surau ni boleh di katakan terbuka. Sebahagiannya surau ni tanpa dinding. Di tutup dengan birai buluh. Bagi aku surau ni cantik dan unik.Sepanjang aku cari maklumat tentang surau-surau kat penang ni, bagi aku surau ni paling cantik.

Ha, ini sahaja cerita aku tentang pulau jerejak dan surau kat sana... Nak tengok dan nikmati keindahan pulau tu kena ambik peluang untuk pergi sana la.Tak boleh nak cerita. Panjang sangat. Sekian terima kasih..

March 14, 2009

PRAYER ROOM AT TESCO


++Kiblat mengadap pintu.. Not suitable right?++





++15 March 2009++

Beberapa minggu yang lepas, kitorang pergi ke Tesco untuk beli sedikit barang keperluan. Waktu kami pergi hari telah agak petang kerana baru sahaja pulang dari kelas pada jam 5 petang. Sesampainya di Tesco, kami terus meninjau dan membeli barang keperluan tersebut. Kami mengambil masa yang agak lama untuk membeli belah, disebabkan itu kami membuat keputusan untuk bersembahyang asar di surau Tesco berkenaan.
Ketika pertama kali melangkah ke dalam surau berkenaan, hati mengatakan ianya di kira agak selesa dan lengkap walaupun tidak begitu besar. Segala kelengkapan seperti telekung sembahyang, sejadah, penunjuk arah kiblat, almari, tempat berwuduk, cermin dan penghawa dingin semuanya disediakan. Malah di dalam surau tersebut juga disediakan sebuah kerusi bersebelahan dengan tempat mengambil wuduk.
Namun, apa yang memeranjatkan dan mengecewakan kami ialah pintu masuk dan tempat berwuduk surau tersebut bertentangan dengan arah kiblat. Pelik bukan? Bayangkan, adakah anda dapat bersembahyang dengan kusyuk sekiranya pintu terbuka ataupun orang lalu lalang di hadapan anda? Mungkin sesetengah daripada anda telah biasa menggunakan surau sebegini. Namun, secara jujur kami tidak pernah menemui dan menggunakan surau yang seperti ini. Dan pada kami, kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku dan jikapun ada, ianya perlulah diubahsuai dengan segera untuk memberi keselesaan kepada pengguna.