March 26, 2009

Bagaimana pula dengan PENANG INTERNATIONAL AIRPORT ??

Hai kawan2.. kali ni geng TIZANA muncul lagi dalam ruangan segmen surau/musolla di PENANG INTERNATIONAL AIRPORT Bayan Lepas.. Fuhhh satu nama yang cukup hebat dan terkenal di Malaysia.. bukan sahaja terkenal kat Malaysia malah seluruh pelosok dunia tau.. yelah dah nama pun international kan.. pasti kawan2 semua dah biasa dengar ataupun menggunakan perkhidmatan ini untuk balik kampung atau melencong kat mana2 kan.. dan bagi yang tak pernah menggunakannya pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan sebenar airport ini dan juga service yang disediakannya kepada para pengguna dan masyarakat dunia...
Geng TIZANA nak berkongsi pengalaman dan maklumat ngan kawan-kawan tentang kajian surau di Airport nie... sebelum memulakan perjalanan hati geng TIZANA dah mula berdebar-debar..hehe bukannyer ape..sebab takut la nak masuk kat sebuah sistem pembangunan dan pengurusan yang hebat dan ternama nie..manalah tahu kot2 kiteorang kena tangkap kat securiti guard kat situ :)...
dahlah kiteorang wat research ni dalam waktu senja..dah maghrib dah pun..tapi semata-mata untuk memperlengkapkan pakej kajian, kiteorang teruskan usaha + tekad di dada untuk menyiapkan kajian surau nie...
kawan2 nak tengok tak macam mana rupe airport ni ?? haaa...kat bawah ni ade picture yg kiteorang amik untuk berkongsi maklumat ngan kawan2 semua..


Dari pandangan sisi PENANG INTERNATIONAL AIRPORT berlatarbelakangkan pemandangan indah di waktu senja

papan maklumat dan petunjuk arah
Selepas di zoomkan

Kiteorang memulakan research dengan lafaz bismillah dan seterusnya menuju ke arah papan tanda maklumat seperti di atas untuk mendapatkan surau yang disediakan di sini.. pencarian tidak sesukar sebagaimana yang kami alami di sebilangan tempat kajian kami yang lain sebelum ini. syabas diucapkan kepada pihak pengurusan kerana menyediakan perkhidmatan yang cukup penting kepada semua lapisan masyarakat .

Signboard surau di muka pintu

Signboard surau ini juga penting sebagai simbol tempat yang dituju.
jom kita lihat bagaimana pula di dalamnya..

Ruangan solat

hmmm...kenapa? terkejut atau normal macam biasa? apa persoalan yang berlegar-legar di kotak pemikiran kawan2 semua..adakah surau ini bersih? cantik? selesa? kemas? atau sebaliknya.. terlebih dahulu TIZANA nak mohon seribu kemaafan jika terdapat kekhilafan yang berlaku atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.. bagi geng TIZANA..kiteorang agak terkejut jugak laa apabila melihat keadaan sebenar surau di PENANG INTERNATIOL AIRPORT nie.. bagi kiteorang suraunya biasa saje.. sederhana besar saiznya..agak selesa tapi tak sepenuhnya, mempunyai kekemasan yang tersendiri dan kurang kunjungan ramai ... pandangan kami agak berbeza di awal kajian berbanding setelah melihat dengan mata kepala kami sendiri.. kami berasakan surau ini tidak bertepatan dengan nama yang diberi "PENANG INTERNATIONAL AIRPORT". apa yang kami rasakan sepatutnya surau yang disediakan ini mempunyai tahap service yang tinggi setanding dengan surau-surau yang lain.
kami bukan sekadar mengambil gambar untuk membuktikan hasil kajian kami malah turut menggunakannya surau ini bersama-sama dengan muslimah-muslimah yang lain untuk merasakan sendiri bagaimana perkhidmatan yang disediakannya ini..
nilah fokus utama kajian kami untuk memperbaiki, memperbetulkan, dan juga meningkatkan lagi mutu surau-surau yang ada di sekitar Penang ini terutama sekali bagi bangunan-bangunan yang telah diiktiraf sebagai bangunan komersil yang dikenali di seluruh pelosok dunia...

Tempat wuduk

hah..kami sebagai pengguna surau ini..sangat2 tidak berpuas hati dengan apa yang kami lihat dan apa yang kami rasai.. keadaan tidak kemas dengan "moop" pencuci lantai dan wayar paip yang tidak tersimpan di tempat yang disediakan. di tambah lagi dengan kesan karat pada simen tempat wuduk menambahkan lagi kekotoran dan keusangan surau ini. kami sangat kecewa dengan keadaan ini. sangat2 memalukan kami sebagai anak jati diri Malaysia.. dan dipandang rendah oleh mereka-mereka yang datang melancong ke negara kita ini.
keadaan ini tidak sepatutnya berlaku..dan pihak pengurusan sepatutnya mengambil peranan yang sewajarnya untuk membasmi kekurangan yang ada..perubahan tingkahlaku dan sikap patut ditiikberatkan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan lagi mutu surau di tempat yang ternama ini.

Rak kasut dan selipar

satu hal yang memalukan kami juga iaitu rak selipar/kasut yang kian usang menunggu masa untuk roboh..cuba kawan2 bayangkan bagaimana agaknya perasaan kawan2 apabila pelancong asing luar negara melihatnya. sudah pasti beberapa kritikan tentang service yang disediakan sudah lali didengar. dan inilah masanya pihak pengurusan untuk membaiki kelemahan yang ada. jangan hanya indah khabar dari rupa..
negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan terkenal dengan aset pelancongannya..maka,tepuk dada tanya selera..kitalah yang mencorakkan perubahan itu..

Rak buku dan alatan sembahyang lelaki
apa pandangan kawan2?.. kemas, bersih dan berpuas hati? atau sebaliknya? anda tentukan..

Tabung kebajikan

Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan surau kerana menyediakan kelengkapan yang penting bagi memudahkan muslimin dan muslimah untuk beribadat sambil menderma.. tak kira tinggi atau rendah, besar atau kecil pangkat surau tersebut..ia perlu diletakkan untuk menyalurkan bantuan kepada fakir miskin yang memerlukan di dunia ini..dan kalau boleh tabung kebajikan tue,, ditukarkan dengan yang lain..sebab kami melihatnya agak lama dan telah berkarat :) ..

Kalendar islamik penting untuk memudahkan para jemaah untuk bersolat pada waktu-waktu yang telah ditetapkan..



Papan nota maklumat surau ini juga disediakan untuk memudahkan segala urusan untuk umat islam beribat.. sebagai negara membangun yang akan mencapai wawasan 2020 dan dunia globalisasi yang pesat membangun kini..ia perlu ditukarkan kepada papan nota waktu solat digital bersesuaian dengan nama Penang International Airport itu sendiri yang gah di mata dunia..
diharapkan sekali lagi, pihak pengurusan dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada untuk memenuhi keperluan masyarakat di dunia..

5 comments:

  1. yelah..name je kan AIRPORT tapi surau nye cam gitu je..
    sepatutnya surau perlu lah sempurna kan?
    ramai pelancong beragama Islam pasti akan solat di situ..
    Perlulah bagi image yang baik..kan Malaysia negara Islam..
    -Princess NamyZ Yusma-

    ReplyDelete
  2. i just wonder how the management of airport bley amik ringan hal kelengkapan surau nie..
    Zzzzzzz...wonder n wonder n wonder!!
    .:. Anti kucing.:.

    ReplyDelete
  3. a'aa..kami setuju 100% pendapat Princess NamyZ Yusma..time kaseh kerana menyokong dan mengikuti perkembangan kami dari mula hingga sekarang..

    ReplyDelete
  4. time kasih juga kepada cik Anti kucing kerana menunjukkan keperihatinan dan sikap tanggungjawab beliau untuk memperbaiki surau-surau yang ada di sekitar Penang ini..
    diharapkan pihak yang terlibat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi mutu kualiti surau-surau yang bermasaalah ini..

    ReplyDelete
  5. this country is a joke. some part looks like a public toilet.

    ReplyDelete