Pemandangan daripada tangga menuju ke surau tersebut
Hari sabtu baru-baru ni, tanggal 22hb Mac 2009, aku gi kat Pulau Jerejak..
Jalan-jalan untuk menjelajahi kawasan Pulau Pinang. Al-maklum la, dah "final year". Tak semua tempat kat penang ni aku telah jelajahi. Rasa rugi jer kalau tak gi jalan kat semua tempat kat sini.
Sebagai memulakan cerita, aku nak bagitau pasal suasana dan keadaan kat Pulau Jerejak tu. Tempat tu sebenarnya telah di pakejkan sebagai tempat pelancongan. Segala aktiviti kat pulau tu telah di pakejkan dalam harga-harga tertentu. Kat sana ada tempat untuk menginap dengan bayaran yang agak mahal la jugak. Aku gi sana dengan pakeg RM50. Semua aktiviti bleh buat. Daki bukit, masuk hutan, main panjat-panjat, berbasikal, dan makan sekali tau. Makan ni la yang paling best. Boleh makan seberapa banyak kita nak makan kat situ. Kat situ suasana tenang jer.Tak ada bunyi kebisingan kota, hanya yang ada bunyi burung-burung. Pemandangan kat situ menarik. Kat tepi laut dan dapat nikmati suasana semulajadi.
Aku jalan-jalan jer hari tu kat Pulau Jerejak tu. Aku suka tempat tu. Aku ada kat situ dari jam 1.30 tngahari sampai pukul 4petang. Lama tu.. Ini bermakna aku sempat solat zohor kat surau kat Pulalu Jerejak tu. Surau kat situ sangat cantik dan selesa. Tempat pelancongan kan. Mestilah kena jaga.. betul tak? suasana kat surau tu tenang jer. Mungkin sebab kedudukan dia kat atas bukit cikit agaknya. Surau dia bersih. Kemudahan baju sembahyang juga disediakan. Ada tempat untuk sangkut baju sembahyang. Kan selesa macam ni. Surau ni boleh di katakan terbuka. Sebahagiannya surau ni tanpa dinding. Di tutup dengan birai buluh. Bagi aku surau ni cantik dan unik.Sepanjang aku cari maklumat tentang surau-surau kat penang ni, bagi aku surau ni paling cantik.
Ha, ini sahaja cerita aku tentang pulau jerejak dan surau kat sana... Nak tengok dan nikmati keindahan pulau tu kena ambik peluang untuk pergi sana la.Tak boleh nak cerita. Panjang sangat. Sekian terima kasih..
menarik la crite awak ni..
ReplyDeleterase cam nk p sane jgk la nk hilangkan tension yg ade nie..
bytheway,kemudahan yg disediakan pun selesa dan nampak dijaga dengan rapi melalui gambar2 yg awak post kan tue..dan secara tak langsung memudahkan orang ramai untuk bercuti di sini..