March 25, 2009

APA PENDAPAT ANDA TENTANG SURAU INI?

Surau ini merupakan surau bangunan IVORY yang terletak berhampiran dengan pintu masuk Desasiswa Restu, Saujana, Tekun (RST) Universiti Sains Malaysia (USM). Lokasinya yang strategik iaitu terletak berhampiran dengan deretan kedai-kedai makan di sekitarnya memudahkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan mereka untuk bersolat . Surau yang sederhana besar ini menerima kunjungan ramai terutama sekali daripada warga USM yang berada berhampiran dengan surau tersebut.


Keadaan tempat mengambil wuduk di surau ini yang kotor dan tidak terurus kerana lantai tidak dicuci dan wayar air berselerakan.Hanya terdapat satu(1) tempat wuduk sahaja di surau ini menyebabkan pengguna lelaki dan wanita terpaksa berkongsi tempat wuduk. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna.


Tempat solat yang kemas dan terurus memberi keselesaan kepada pengguna. Surau ini dilengkapi dengan hiasan kalimah Allah, sejadah, penunjuk arah kiblat, Al-Quran, dan sebagainya.Peralatan ini memudahkan pengguna untuk menunaikan solat dan memberi keselesaan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.


Pemandangan dari luar.. Unik kan bentuknya. Surau ini terbahagi kepada dua(2) bahagian iaitu tingkat atas dan tingkat bawah. Tingkat atas merupakan tempat solat untuk kaum wanita manakala tingkat bawah merupakan tempat solat untuk kaum lelaki.

No comments:

Post a Comment