++Kiblat mengadap pintu.. Not suitable right?++
++15 March 2009++
Beberapa minggu yang lepas, kitorang pergi ke Tesco untuk beli sedikit barang keperluan. Waktu kami pergi hari telah agak petang kerana baru sahaja pulang dari kelas pada jam 5 petang. Sesampainya di Tesco, kami terus meninjau dan membeli barang keperluan tersebut. Kami mengambil masa yang agak lama untuk membeli belah, disebabkan itu kami membuat keputusan untuk bersembahyang asar di surau Tesco berkenaan.
Ketika pertama kali melangkah ke dalam surau berkenaan, hati mengatakan ianya di kira agak selesa dan lengkap walaupun tidak begitu besar. Segala kelengkapan seperti telekung sembahyang, sejadah, penunjuk arah kiblat, almari, tempat berwuduk, cermin dan penghawa dingin semuanya disediakan. Malah di dalam surau tersebut juga disediakan sebuah kerusi bersebelahan dengan tempat mengambil wuduk.
Namun, apa yang memeranjatkan dan mengecewakan kami ialah pintu masuk dan tempat berwuduk surau tersebut bertentangan dengan arah kiblat. Pelik bukan? Bayangkan, adakah anda dapat bersembahyang dengan kusyuk sekiranya pintu terbuka ataupun orang lalu lalang di hadapan anda? Mungkin sesetengah daripada anda telah biasa menggunakan surau sebegini. Namun, secara jujur kami tidak pernah menemui dan menggunakan surau yang seperti ini. Dan pada kami, kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku dan jikapun ada, ianya perlulah diubahsuai dengan segera untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

Sangat tidak sesuai...
ReplyDeletekedudukan kiblat tidak boleh setentang dengan pintu masuk kerana ia akan menganggu solat dan memberi ketidakselesaan kepada muslimin dan muslimah yang ingin menunaikan solat.
diharap pihak saudari dapat mengemukakan pembetulan kepada pihak pengurusan tempat tersebut.
mane boleh kiblat menghadap pintu masuk.......
ReplyDeletememang sangat- sangat tidak patut.
Mana ada orang khusyuk solat lau ada orang lalu lalang kat depan,
cuba bayangkan lau anda berada di tempat itu....?????
TEPUK DADA,TANYA IMAN , bukan aiman...
diharapkan pihak berwajib dapat membetulkan kesilapan yang berlaku..kerana solat merupakan perkara paling penting dalam kehidupan masyarakat beragama islam...jgn ambil mudah dan sentiasa peka tentang persekitaran disekeliling..
ReplyDeletekepada para pengguna surau ini juga, diharapkan memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan surau dan tanggungjawab bersama untuk menjaga surau sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tersusun terutama sekali melipat atau menyangkut kain sembahyang selepas digunakan di tempat yang disediakan.
jadilah anak Malaysia yg berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.