March 26, 2009

TESCO EXTRA SUNGAI DUA

Kali ni kita tinjau pula surau yang ada di Tesco Extra Sungai Dua. Untuk makluman Tesco ni baru je dibuka lebih kurang 2 tahun yang lepas dan sebelumnya tempat perniagaan ini dioperasikan oleh Makro. Kitorang sememangnya kerap kali singgah di Tesco Extra ini untuk membeli barang keperluan kerana terletak berhampiran dengan USM kesayangan.. so takde la makan masa sangat kan.. huhu...

Yang nak dijadikan ceritanya.. walaupun kitorang selalu menghabiskan duit memborong sesuka hati kat Tesco ni, kitorang tak pernah pulak menggunakan surau yang disediakan. Bukannya apa, dah tempatnya dekat.. so balik solat kat bilik la kan.. lagipun bukan lama sangat memborong kurang-kurang 2 jam.. hehe.. ( tu belum lagi shopping kat Queensbay).

Jom..... sama-sama tengok rupa surau yang ada kat sini..

Tesco Extra Sungai Dua
Signbord menuju ke surau
Kat TESCO EXTRA ni ada dua(2) laluan untuk menuju ke surau tersebut.. kepada yang pernah menggunakan surau ini pasti sudah tahu laluannya..

Laluan yang merentasi hadapan surau lelaki..
Laluan ini terus ke surau wanita..
Walau bagaimanapun, surau lelaki dan wanita adalah bersebelahan..
Tempat utama yang kita mesti tinjau adalah tempat ambil wuduk.. Jom kita tengok samada ia bersih atau tidak.
haa..macam mane?? bagi kiteorang tempat wuduk surau ni sederhana jer.. Bersesuaian dengan saiz suraunya.. Bersih dan selesa..lihat gambar di bawah..

Gambar di bawah adalah pemandangan dalam keadaan surau.. Saiznya sederhana jer kan.. nampaknya terdapat dua(2) orang awam sedang bersolat..

Bagi keadaan surau di tesco ini pula nampaknya tak tersusun walaupun disediakan tempat menyimpan kain sembahyang dan sejadah.. Sepatutnya orang awam yang menggunakan surau ini perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelengkapan surau yang dikhaskan ini. Lihat gambar di bawah..


No comments:

Post a Comment